Wednesday 5 June 2013

surah amalan semasa mengadung


1. Masa kandungan berusia 1bulan hingga 3bulan (trimister pertama) aini amalkan membaca Surah Yussuf, surah ni panjang biasanya aini akan pastikan aini habiskan sebelum usia kandungan 4bulan.

2. Ketika kandungan mencecah 4bulan hingga 6bulan (trimister kedua) Surah Luqman akan menjadi amalan aini paling kurang seminggu mesti baca sekali. Aini akan baca siap dengan terjemahan sekali.

3. Bila baby dah masuk 7bulan hingga 9bulan (trimister ketiga) aini akan banyak memperdengarkan Surah Maryam pada baby.

4. Surah Yassen aini akan baca sepanjang tempoh kehamilan terutama malam jumaat.

5. Tingkah laku, yes aini mengaku mulut aini agak kejam dan pedas, tapi saat aini mengandung mulut dan segala tingkah laku aini akan cuba jaga.

6. Aini suka tengok muka sendiri dan suami (gambar or depan cermin).

7. Sudoko and Unblock me antara games yang aini main sepanjang kehamilan aini.

8. Sentiasa pastikan diri nampak cantik dan kemas terutama time kat rumah and ke tempat kerja.

9. Time mengandung aini suka kemas rumah, mop lantai and ber'window' shopping. Tapi jangan paksa diri kalau penat janga buat bahaya pulak nanti untuk kesihatan baby.

10. Mandi, aini akan pastikan aini mandi setaip kali balik dari kerja. Bersihkan diri. Aini guna sabun magic aini, untuk mengurangkan kesan-kesan hitam pada leher dan bahagian-bahagian pelipat.. 

Okay, selain dari apa yang tersenarai diatas, pemakanan yang kita ambil sepanjang proses kehamilan juga penting. Antara makanan-makanan yang baik yang aini ambil sepanjang kehamilan adalah:
 1. Susu: Hah!!!! Yang ni paling penting ye, sepanjang kehamilan KENE minum. Bukan untuk baby je, malah untuk kepeeluan KALSIUM pada kita. So tak nak la nanti kita mudah kene sakit gigi, lenguh-lenguh kaki la, sakit pinggang la.. 
2. Telur: Specially once pregnant dah masuk 8 bulan, aini akan amalkan makan 2 biji telur setengah masak campur madu sesudu 3x seminggu. Telur dan madu ni dapat memberi tenaga pada kita semasa proses kelahiran nanti. Sumber protein yang terdapat pada telur sangat baik untuk kita dan baby.

No comments:

Post a Comment