Wednesday, 19 December 2012

Dam Pintar

Kenapa Dam Pintar? kerana selepas bermain dam ini murid-murid akan jadi pintar.. InsyaAllah... Aktiviti permainan merupakan aktiviti yang penting kepada murid khas kerana mereka tidak mampu untuk belajar secara terus-terusan di dalam kelas. Aktiviti santai amat sesuai agar murid tidak terasa tertekan yang akan menyebabkan murid tidak mahu meneruskan pembelajaran. Justeru itu, bagi mengelakkan sindrom tidak mahu belajar, permainan menjadi alternatif, walaupun bermain namun masih dikira belajar... Pada pendapat saya, tidak kiralah apa jua aktiviti yang dilakukan, asalkan ada unsur-unsur ilmu pengetahuan yang diselitkan..


Cara bermain:
  1. Murid perlu membaling dadu. biasanya saya gunakan dadu khas yang hanya mempunyai nombor satu dan dua sahaja.
  2. Murid perlu menggerakkan buah mengikut nombor yang murid dapat. Kemudian murid dikehendaki menyebut nama alatan tersebut dan sekiranya murid gagal menyebut dengan tepat, mereka akan hilang satu giliran.
  3. Pemain yang sampai ke garisan penamat terlebih dahulu dikira pemenang.


Lembaran kerja mewarna alatan perkebunan

Aktiviti ini amat sesuai dalam proses untuk mengenal alatan perkebunan. Semasa aktiviti ini guru perlu bertanya nama alatan tersebut dalam proses murid untuk mengingat nama alatan tersebut. InsyaAllah murid dapat mengingatinya dengan baik.
Selain itu, aktiviti mewarna ini akan menjadi lebih menarik jika guru mencadangkan agar murid mewarna alatan perkebunan tersebut secara kreatif seperti melukis corak pada alatan perkebunan tersebut. Murid akan berasa gembira dan seronok mewarna jika dapat mewarna dengan cantik. Dibawah ini terdapat beberapa alatan perkebunan yang boleh dimuat turun. Selamat mencuba.

Tugas seorang guru...